PENGALAMAN OPERATE ACL DI HOSPITAL KPJ KAJANG


Sehari selepas dapat result MRI, esoknya aku berjumpa dengan Pakar Ortopedik, Dr Mazlan Mohammad dari Hospital KPJ Kajang. Dia terkejut tengok report MRI. Dia kata kenapa teruk sangat injury mengalahkan atlet main bola ke ragbi ke. Sabo je le doktor ni.

Lepas jumpa Doktor Mazlan, teruskan set kan date untuk surgery the day after.
Apa yang aku boleh cakap pasal Doktor Mazlan ni, mulutnya agak joyah sikit. Kalau macam aku ni badan gemuk lepas tu injury sebab jatuh kat rumah je memang panas telinga sikit la dengan dia. Selalunya ACL ni orang yang bersukan. So sepanjang masa aku kat hospital memang jadi bahan dia aje. Aku redha je la tang mulutnya yang agak mak joyah tu.

Tapi bab keje, memang superb. Siapa-siapa yang tengah cari doktor untuk operate ACL ke atau apa-apa yang related, aku sangat recommend kepakaran dan kemahiran doktor ni.

Macam mana aku tau dia buat kerja bagus dan sangat cekap?

Sebab masa operate tu aku ambil bius separuh so aku sedar je sepanjang operation tu. Sepanjang masa tu aku duk tengok dia buat kerja dalam skrin tv sebelah.
Masa tengah operate tu doktor tak tau yang aku sedar. Aku dengar je dia ngumpat aku cakap betis/peha aku ni banyak lemak tapi aku maafkan je la sebab dia cekap buat kerja dan scar pun cantik jadi ku ignore je la mulut mu itu wahai tuan dokter..

Sedikit memori sebelum dan selepas ACL surgery..

Sambil buat senaman kaki sambil makan. Boleh gitu hihi 



Suami, mak abah dan adik berkampung di wad


Bosan-bosan pi ikea pakai wheelchair hehe

Miss independent- Pergi fisio sendiri aje



Comments

  1. Omg. I ade surgery schedule next week dgn doktor ni... I rasa doktor ni agak dismissive/malas nk layan terhadap atfl ankle injury i, so rs nk consider doktor lain. Tp kalo keje die bagus like u said, saya akan redho jela

    ReplyDelete
  2. Dr Mazlan..? Haha disebabkan dia cekap, ensem (dimataku) dan good looking la dia jadi doktor ku since 2014. I lebiu dokter mazlan 🤣

    ReplyDelete
  3. Faezah..Kita mcm sama Ni..tapi itulah Sy Ni jatuh kaki Kiri terpusing ke kanan time landing lompat jauh tapi Ni kes tingkatan 3 now Sy dh 35thn..xpenah treat well injury tu..Ni dh kerap dtg lutut letop pop tu, sakit xbleh bincang bile jdik..esok refer Ortho tapi swasta sbb gomen jenuh tunggu..tapi xsure result tapi rase nk request MRI sbb x-ray xde patah tapi suspect ligament sbb sakit bleh tahan laa..Ni faezah lps operate brape lama bleh masuk kerja?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts