MASUK HOSPITAL LAGI - DIAGNOS DENGAN BATU HEMPEDU
Bila aku dan rasa betul-betul sihat selepas beberapa bulan pembedahan ACL, aku sakit lain pulak.
Sebenarnya aku dah perasan yang dua tiga tahun kebelakang ni aku selalu ada angin dalam badan dan kerap sendawa. Makin lama makin teruk.
Lagi-lagi kalau aku makan lewat malam atau makan pedas, aku akan sendawa sepanjang malam, tak boleh tidur.
Aku biarkan aje, simptom penuaan agaknye .. Mak dan adik aku pun sama je berangin so aku biarkan je la..
Tapi makin lama simpton makin teruk, aku sering sakit perut bahagian atas waktu malam, sakitnya bawa ke belakang tulang belikat, banyak angin dan acid reflux.
Sampai satu malam 3.10.2017, aku nangis guling-guling atas lantai ditemani dengan kucing ku heehee..
Laki aku pun apa lagi, terus bawak aku pi hospital KPJ Kajang. Sampai di Emergency Accident Department, aku diberikan keutamaan dan berjaya potong Q semua orang lain sebab aku dah menangis melalak macam orang histeria.
Well, a little bit of drama did help, kan?
Aku terus dipanggil jumpa doktor tak payah tunggu nombor giliran teheee..
Bila aku cakap simpton yang aku alami, doktor kata macam simpton batu hempedu so doktor suruh aku scan ultrasound dulu.
Keputusannya, memang sah ada batu hempedu besar diameter 2.7 cm. Bapak besar. Patut la sakit sebab batu besar tu tersekat di salur hempedu.
Aku warded 3 hari dalam wad dan mintak discharge. Bertegang leher sikit dengan doktor sebab of course la doktor suruh operate. Aku pulak macam biasa la rajin meng'google', ada yang kata bomoh kat Melaka boleh buang batu secara batin la, ada kata minum jus epal, lemon dan olive oil la, perubatan Islam la.
So, si penakut ni pun seboleh-bolehnya nak elak operation dengan beraninya kita insist untuk terminate treatment dan mintak discharge.
Bila aku kata aku nak try a few tips and alternative treatment for a few months sebelum aku serah diri untuk operation, doktor kata "I wish you good luck and all the best."
Gila cuak tapi aku tekad nak cuba dulu kaedah lain untuk elak operation.
Aku tekad nak cuba sehabis baik ikut semua tips yang ada dan aku akan scan balik perut awal Januari 2018 nak tengok sama ada berkesan ke semua tips tu dan sama ada batu dah hilang.
Nak tau cerita lanjut? Aku akan update dalam topik berasingan mengenai semua usaha aku dalam memecahkan/menghilangkan batu hempedu
Comments
Post a Comment