PENGALAMAN OPERATE BATU HEMPEDU DI KPJ TAWAKKAL


1.1.2018 aku pergi scan kat klinik, sah batu hempedu tu memang ada tak berganjak dan saiz masih sama walaupun aku dah buat macam-macam usaha.

Aku dapatkan surat referral klinik dan  terus ajak laki pergi KPJ Tawakkal pada 2.1.2018. Kat KPJ Tawakkal aku berjumpa dengan Dr Al Amin Mohd Daud (Consultant General Surgeon  & Consultant Hepatobillary).

KPJ ni pantas, macam biasa la terus warded dan hari yang sama jugak aku buat semua test i.e. ultrasound, blood test, urine etc. Esoknya 3.1.2018 aku operate buang batu hempedu dan hempedunya sekali dengan Dr Al Amin.

Operation secara laparoskopik, sakit selepas operation bagi aku boleh manage lagi. Operate ACL lagi sakit, seksa. Proses pemulihannya pun seksa. Tapi yang batu hempedu ni aku ok je. Yang payahnya bab nak bangun katil je hihi.. Berjam nak tunggu aku bangun sebab part ni bagi aku seksa sikit dalam 2-3 hari lepas operate.


Mak aku cun kan hehe


Besar ke tidak?

Hempedu aku  dihantar ke makmal. Masa aku follow up dengan doktor 18.1.2018 tu dapat sekali result makmal. Resultnya chronic inflammation and chronic cholecystitis. Tiada sel kanser ditemui. Alhamdulillah..

Doktor kata hempedu aku dah kronik nasib aku cepat pergi hospital. Kalau lambat may be dapat infection atau hempedu pecah huhu..

So korang yang ada batu hempedu tu cepat-cepat dapatkan treatment. Jangan duk tangguh macam aku ni.



Comments

Popular Posts