TIPS MENGHILANGKAN/MEMECAHKAN BATU HEMPEDU?

Previously aku ada cerita yang aku mintak discharge dari hospital untuk try a few tips and alternative treatment bagi batu hempedu.

So, lepas je discharge dari hospital, aku cuba guna tips yang paling famous dalam google iaitu minum jus epal hijau, lemon dan olive oil selama seminggu, lepas tu minum air garam epsom.

Lepas seminggu, sakit masih ada so aku tau la batu tu masih ada.

Apa yang aku buat lepas tu? Aku teruskan minum air epal hijau, lemon dicampur dengan sedikit olive oil setiap pagi dan petang menggantikan sarapan dan makan makan. In other words, aku tak ambil sarapan dan makan malam dalam tempoh 3 bulan dari Oktober 2017 sampai January 2018. Aku makan nasi macam biasa waktu lunch, nasi memang membukit sebab aku lapar hehe..

Dapatan aku, tips ni tak berkesan langsung untuk pecahkan/hilangkan batu hempedu sebab selepas 3 bulan, aku masih sakit. Aku bertahan dengan painkiller je selama 3 bulan ni. So aku tau batu masih ada.

Yang bagusnya, aku turun 20kg lepas minum detox jus tu hari-hari.. now aku makin HOT muahahahah..

Usaha aku yang nombor 2, aku pergi jumpa bomoh terkenal di Melaka. Ramai orang cerita mengenai kehebatan bomoh ni so aku ikhtiar jugak la.

Tok bomoh sapu sikit perut dan bagi aku seketul batu kecil. Aku memang bersungguh-sungguh tahan gelak sebab dah 2 kali scan di 2 hospital berbeza, resultnya sama. Ada seketul batu besar tersekat di salur hempedu diameter lebih 2cm. Yang bomoh tu bagi aku sebesar kajang hijau je dapat dari mana pulak batu tu. Yang pasti bukan dari perut aku hihiii..

Well, at least I tried.

Lepas tu aku ada juga pergi darusyifa, minum air yang dah dibacakan doa.. baca zikir dan doa harian. I tried so hard and yet deep down aku tau batu masih ada sebab aku sakit tiap malam kot.

Lepas usaha 3 bulan, 1.1.2018 aku scan sekali lagi. Nak tau resultnya? jeng jeng jeng... aku cerita dalam next topik ye...

Comments

Popular Posts